Wednesday, April 9, 2008

Bab 1

Watak-watak: [1] Irfan [2] Hashim [3] Ustaz Hakim [4] Azrin

"ﻮﻫﺪﻴﻨﻪﺍﻟﻨﺠﺪﻴﻦ" [Wahadainahunnajdain]. Itulah bunyi ayat yang dibaca oleh Ustaz Hakim memulakan tazkirahnya pada malam itu. Irfan dan Hashim yang datang ke majlis tazkirah itu begitu tekun menunggu kalimah seterusnya dari Ustaz Hakim. Ustaz Hakim melanjutkan lagi pembicaraan dengan berkata, "ayat yang saya baca tadi ialah firman Allah dari surah al-Balad ayat 10 yang bermaksud, dan telah Kami [Allah] tunjukkan kepada mereka dua jalan."

Irfan yang selalu suka mencelah apabila Ustaz bercakap ingin segera mendapat kepastian tentang apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut. "Ustaz, apa maksud ayat tersebut? Saya tak faham la."

Ustaz Hakim yang terberhenti cakapnya sebentar tadi tersenyum dan berkata, "sabarlah Irfan, biar saya jelaskan dahulu. Nanti kalau tak faham juga tanya semula."

Ustaz Hakim sedang hendak menyambung semula tazkirahnya apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Ustaz menjawab telefon dengan ringkas dan ingin meneruskan tazkirahnya. "Azrin telefon tadi, dia tak dapat datang malam ni, ada kuliah ganti," Ustaz menjelaskan.

Ustaz menyambung tazkirahnya. "Di dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa apabila manusia dilahirkan, Allah akan menunjukkan kepadanya dua jalan. Terpulanglah kepadanya untuk memilih salah satu. Manusia akan sentiasa kena memilih semenjak dilahirkan hinggalah ketika ia dijemput pulang oleh penciptanya. Walaubagaimanapun, manusia mestilah bertanggungjawab atas pilihannya. Manusia tidak boleh merasa bahawa Allah akan membiarkannya tanpa ditanya tentang apa yang dipilihnya."

Pilihan pertama apabila seorang manusia itu sampai ke persimpangan pertama ialah akidah. Akidah apa yang dipilihnya. Akidah Islam atau akidah yang sebaliknya. Kali ini Hashim pula bertanta. "Adakah akidah lain selain dari Islam Ustaz?". "Ada ke akidah kafir Ustaz?" Irfan pula meminta penjelasan.

"Sebenarnya akidah itu boleh dibahagikan kepada dua, pertama akidah Islam, kedua akidah bukan Islam. Akidah Islam ialah akidah tauhid iaini akidah yang mengesakan Allah manakala akidah yang lain tidak begitu." Kata Ustaz Hakim menjelaskan.

Mereka mengakhiri pertemuan mereka pada malam itu dengan sedikit minuman ringan. Hashim dan Irfan berjanji akan kembali menemui Ustaz minggu depan.

Dalam perjalanan pulang, mereka bertemu Azrin yang baru balik dari kuliah ganti. "Apa yang antuma [kamu berdua] dapat malam ni? Tanya Azrin. "Malam ni kami bincang tentang ayat 10 Surah al-Balad. Antara lain ayat ini memberitahu bahawa Allah sentiasa memberikan pilihan kepada manusia, dan manusia akan dipertanggungjawabkan atas pilihannya" Kata Irfan. "InsyaAllah minggu depan ana [saya] cuba untuk hadir." Balas Azrin. Mereka pun berpisah menuju bilik asrama masing-masing.

Tuesday, April 8, 2008

Antara dua jalan

Blog ini akan menjadi langkah permulaan kepada sebuah novel remaja yang akan diberi jodol Antara Dua Jalan. Novel ini kelak akan mengisahkan tentang beberapa orang remaja yang di sepanjang hidupnya perlu membuat pilihan. Novel ini bertujuan untuk memberi panduan kepada remaja tentang halatuju masa depan mereka. Semoga cita-cita ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.