Thursday, June 12, 2008

Bab 2

Watak-watak: [1] Irfan [2] Hashim [3] Ustaz Hakim [4] Azrin

"Ustaz, saya tak sangka betul Hashim akan buat saya macam ni". Kata Irfan kepada Ustaz Hakim. "Sabar Irfan, apa yang Hashim buat kat anta?" Tanya Ustaz Hakim. "Saya dah jatuh hati pada seorang Muslimah kat sini. Dia saya tengok seorang yang solehah, berbudi bahasa dan cerdik pulak tu. Saya rasa dia pun suka juga kat saya. Kami pernah sekali sekala berutus sms bertanya khabar. Tiba-tiba bila saya sms semalam, dia kata dia dah tak boleh bersms dengan saya lagi sebab dia dah ada orang lain. Bila saya tanya siapa budak tu, dia kata Hashim. Terkejut saya Ustaz, sahabat saya sendiri buat saya macam ni." Panjang lebar luahan Irfan kepada Ustaz Hakim.

Ustaz yang seorang ini memang sudah cukup masak dengan pahit, manis, masin, tawar dan payau kehidupan anak-anak muda. Selain daripada dia pernah muda, pengalaman selama sebelas tahun berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah anak muda telah disaksikannya sebagai seorang pensyarah.

Pernah suatu ketika dulu, seorang pelajar perempuan menemuinya meminta nasihat kerana dah tahan dengan sikap rakan serumahnya. Bila ditanya apakah masalahnya. Pelajar itu menjawab, mereka tak boleh berkongsi dapur.

Ada juga satu ketika, seorang pelajar perempuan mengadu yang rakan sekelasnya merangkap rakan sebiliknya terlalu mengongkongnya. Menurutnya emaknya pun tak secerewet itu.

Seorang pelajar lelaki pula datang mengadu tidak mempunyai perasaan untuk belajar di sini kerana terlalu merindui kampusnya yang lama. Ada banyak lagi pengalaman sebenarnya.

Tapi pengalaman tentang Irfan dan Hashim ini adalah yang pertama seumpamanya.

"Beginilah Irfan. Ana sebenarnya tak berapa gemar dengar masalah begini. Sebenarnya masa sekarang ni adalah masa yang sepatutnya digunakan untuk menuntut ilmu 'aini dan waqi'i. Lagipun anta masih muda. masih awal lagi untuk memikirkan tentand jodoh dan rumahtangga."

Sebenarnya Ustaz Hakim tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini. Baik Irfan mahupun Hashim adalah merupakan pelajar harapannya, lebih-lebih lagi mereka mempunyai beberapa persamaan iaitu cerdik, positif dan lebih-lebih lagi mencintai Islam dan dakwah. Ciri-ciri inilah yang menjadikan keberadaan mereka dirasai oleh orang sekeliling. Dengan tidak menyokong Irfan ataupun Hashim, Ustaz mengharapkan agar mereka akan berbaik semula dalam masa terdekat.

[Bersambung...]

No comments: