Watak-watak: [1] Irfan [2] Azudin [3] Ustaz Hakim
Bila semester baru dibuka, hanya Irfan sahaja yang tinggal untuk bersama dalam majlis ilmu oleh Ustaz Hakim. Hashim telah tamat pengajian diploma dan melanjutkan pengajian di kampus lain. Ustaz Hakim mengharapkan agar Hashim terus istiqomah di sana.
Irfan memang mempunyai satu kelebihan yang jarang dimiliki oleh rakan-rakan lain. Dia mampu mengajar orang baru untuk bersama dalam majlis ilmu Ustaz Hakim. Kali ini dia membawa seorang pelajar baru bernama Azudin.
Azudin ni seorang agak peramah juga. Pertama kali berjumpa dengan Ustaz Hakim macam dah biasa jumpa, tidak kekok untuk berbicara.
Kuliah ilmu kali ini berlangsung beberapa hari sebelum menjelang ramadhan. Justeru, Ustaz mengambil kesempatan untuk mejelaskan tuntutan ayat 183-186 surah al-baqarah tentang ibadah puasa.
Mari kita sama-sama baca ayat tersebut: kata Ustaz sambil memulakan ...Ya ayyuhallazina aamanu kutiba alaikumussiyamu... hingga akhir ayat.
Di antara intisarinya ialah kita umat Islam ni disuruh berpuasa sebagaimana Allah suruh umat-umat terdahulu. Umat-umat terdahulu pun puasa juga, cuma dengan perlaksanaan yang berbeza. Ada yang berpuasa di awal, tengah dan akhir bulan selama 12 bulan menjadikan jumlahnya 36 hari. Kita pun 36 hari juga termasuk puasa bulan Syawal.
Kenapa pula Allah nak suruh kita puasa? Jawabnya supaya Allah nak suruh kita jadi manusia yang bertakwa. Kenapa perlu jadi manusia bertaqwa? Sebab Allah nak bagi kelebihan orang beriman dan bertaqwa ni melebihi dari orang-orang lain.
Ustaz, nak tanya sikit boleh: kata Azudin. Apakah kelebihan orang bertaqwa tu Ustaz? Kita selalu baca ayat seribu dinar tapi tak tahu maknanya: kata Ustaz. Dalam ayat tersebut Allah jelaskan, siapa-siapa yang bertaqwa kepada Allah akan diberi jalan keluar (dari segala masalah), kemudian akan deberi rezeki tanpa disangka-sangka. Kemudian kalau dia tambah taqwa tadi dengan tawakkal pula, Allah memberi kecukupan kepadanya, Allah akan selesaikan segala urusannya...
Oh macam tu ye Ustaz, insyaAllah puasa kali ini saya akan buat bersungguh-sungguh supaya saya dapat menjadi manusia yang lebih bertaqwa.
Majlis malam tersebut terhenti di situ.
Monday, September 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam.
En Halim. Dah siap nanti bagi saya satu set "complimentary" ya...
Salam Syah.
Tak tau la bila nak siap. Asyik bersambung aje.
Post a Comment